Sunday, 23 September 2012

KEBAIKAN INTERNET KEPADA PELAJAR


BAHAGIAN C > INTERNET MERUPAKAN SALURAN ILMU PENGETAHUAN KEPADA SEMUA PENGGUNA. HURAIKAN KEBAIKAN INTERNET KEPADA PELAJAR

          Dalam mendepani sirkulasi permodenan Negara pada abad ke-21 kini, dunia menyaksikan iktisad Negara membangun seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Negara yang semakin pesat membangun seperti tenggelam sama basah, timbul sama hanyut dengan negara maju lain. Namun, isu internet kepada pelajar kerap menjadi polemik dalam kalangan marhaen di Malaysia. Oleh itu, beberapa kebaikan internet yang sangat bergunakepada pelajar haruslah digali hingga ke akar umbi.

          Sudah terang lagi bersuluh, kebaikan internet kepada pelajar ialah pelajar dapat mencari kenalan baru. Amsalnya, pelajar dapat mencari kenalan baru atau lama di dalam “Facebook” atau “Twitter”. Bertitik tolak daripada itu, pelajar dapat mengeratkan silaturahim sesama manusia. Hal ini bertepatan dengan peribahasa, air dicincang tida akan putus.

          Sebagai remaja lagi lebai lagi berjanggut, kebaikan internet kepada pelajar yang seterusnya ialah pelajar dapat menambah pelbagai ilmu pengetahuan daripada pelbagai laman. Contohnya, pelajar boleh mecari maklumat didalam laman surat khabar online. Sekiranya pelajar rajin mencari pelbagai maklumat didalam internet, maka pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan yang tinggi. Hal ini bertepatan dengan aforisme, jauh berjalan luas pandangan.

          Memetik wasitah nirmala yang seterusnya, pelajar dapat mencari pelbagai maklumat di hujung jari. Hal ini kerana maklumat yang pelajar cari dapat diaplikasikan di dalam kehidupan seharian seseorang pelajar. Maklumlah, peribahasa ada menyatakan, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

          Dari sudut kodifikasi yang berbeza, kebaikan internet kepada pelajar ialah pelajat dapat mencari pelbagai latihan untuk menghadapi peperiksaan. Amsalnya pelajar bleh melayari laman sesawang Portal Utusan Malaysia atau Didik. Hal ini kerana didalam laman sesawang tersebut terdapat pelbagai latihan merangkumi semua mata pelajaran. Sekiranya pelajar rajin mencari latihan di dalam internet maka negara Malaysia akan memperolehi pelajar yang cemerlang  didalam peperiksaan.

          Sebagai pengitlakan, isu internet kepada pelajar sering meniti dari bibir ke bibir dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Jika pelajar menggunakan internet sebaik mungkin, maka negara kita akan memperolehi pelajar yang bijak IT. Semoga pelajar dapat menggunakan internet dengan perkara berfaedah untuk memperoleh kebaikan menggunakan internet.

KARYA PENUH OLEH :
MUHAMMAD HAZIQ REDZA BIN AB RAZAK  > 
3 TERAMPIL > 2012

No comments:

Post a Comment